Sunday 12 February 2017

Pertandingan Kuiz Online Amalan EKSA JUPEM Johor

Pertandingan Kuiz Online Amalan EKSA JUPEM Johor akan BERMULA pada 12 Februari 2016 (Jam 1000) hingga 16 Februari 2016 (Jam 1700). Pertandingan adalah percuma dan hanya terbuka kepada Warga JUPEM Johor sahaja.

Sebanyak 20 soalan perlu dijawab dan semua soalan adalah dalam bentuk objektif. Semua peserta digalakkan untuk menjawab semua soalan yang dikemukakan.

5 Pemenang akan dipilih dan penilaian adalah berdasarkan markah tertinggi dan diikuti dengan masa/giliran borang penyertaan diterima oleh pihak penganjur. Panel Penilai akan memilih dan memutuskan pemenang berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang mengandungi maklumat palsu atau tidak sempurna.

Keputusan penal penilaian pihak penganjur adalah MUKTAMAD.

Sila klik DISINI


Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 2/2017

Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 2/2017.


Wednesday 8 February 2017

Amanat Tahun Baharu 2017

Majlis Amanat PUPN Tahun Baharu 2017 telah diadakan di Dewan Iskandar Puteri, JUPEM Johor. Seramai hampir 100 orang pegawai dan kakitangan JUPEM termasuk pegawai-pegawai ukur dari Pejabat-Pejabat Ukur Daerah dan wakil-wakil Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah hadir bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh YBrs. Sr Hj Ramli bin Nor, Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor.




Bersempena majlis tersebut, YBrs. Sr Hj Ramli bin Nor juga menyempurnakan Majlis Perpisahan bagi Pegawai Bersara dan Bakal Pesara dengan menyampaikan sijil dan cenderahati kepada pegawai pesara tahun 2017 bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka kepada Perkhidmatan Awam dan khususnya JUPEM Johor.

Di penghujung Majlis yang sama, YBrs. PUPN turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Ahli-Ahli MBJ JUPEM Johor Sesi 2015-2016 bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka.