Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.
Thursday, 25 January 2018
Info Skuad EKSA
Poster info ini adalah berkenaan tentang pelaksanaan EKSA.
Skuad Khas EKSA ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan dan ketakakuran kakitangan terhadap pelaksanaan EKSA. Skuad ini telah dicadangkan oleh Tuan Pengarah Ukur merangkap Penasihat EKSA JUPEM Johor di mana Skuad EKSA ini terdiri daripada Setiausaha JK Induk, JK Promosi Induk, JK Latihan Induk dan JK Audit Induk yang mana kesemua JK ini boleh mengedarkan/memberi maklumat/info dan gambar yang boleh/tidak boleh menjadi contoh/amalan-amalan baik untuk dilaksanakan samada secara langsung atau tidak langsung.
Diharapkan info ini dapat dijadikan panduan tentang pelaksanaan EKSA di JUPEM Johor.
Nota:-
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.
Thursday, 18 January 2018
Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 1/2018
Apakah itu 3R?
- Reuse (Penggunaan semula): Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang mana masih boleh digunakan lagi.
- Reduce (Pengurangan): Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan.
- Recycle (Kitar semula): Mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan baru. Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu reuse (Penggunaan Semula), reduce (Pengurangan) dan recycle (Kitar Semula) merupakan teras pertama dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal.
Tuesday, 16 January 2018
Sesi Pemantapan dan Kemaskini Dokumentasi serta Pengurusan Blog EKSA
Bengkel Pemantapan dan Pengemaskinian Dokumentasi dan Blog EKSA JUPEM Johor telah diadakan pada 16 Januari 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Tanjung Puteri, JUPEM Johor.
Objektif bengkel ini adalah bagi melaraskan dan menyeragamkan dokumentasi dan blog untuk zon masing-masing.
Taklimat dan menyelaraskan penyediaan dokumentasi EKSA JUPEM Johor telah disampaikan oleh Puan Junidah binti Abu Bakar selaku Setiausaha Induk EKSA JUPEM Johor manakala taklimat dan penyelarasan blog EKSA JUPEM Johor telah disampaikan oleh Puan Ida Kamilia binti Mudzakir.

Subscribe to:
Posts (Atom)