Tuesday 17 January 2017

Taklimat Pengenalan Kepada Blog EKSA JUPEM Johor




Sesi Taklimat Pengenalan Kepada Blog EKSA JUPEM Johor telah berlangsung pada 17 Januari 2017 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Tanjung Puteri, Tingkat 9, Blok A, Wisma Persekutuan, Johor Bahru.



Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas tentang blog, cara membuat blog, (domain, hosting, design layout, posting article, edit, upload gambar, video dan lain-lain lagi). Pn. Ida Kamilia binti Mudzakir daripada Jawatankuasa Promosi telah menyampaikan teknik-teknik asas blogging kepada wakil-wakil Zon/Jawatankuasa di JUPEM Johor. Seramai 27 peserta daripada JUPEM Johor telah mengikuti sesi pembelajaran berkenaan.

Sesi taklimat ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Promosi JUPEM Johor dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan JUPEM Johor.


Poster Audit Dalaman Eksa Siri 1/2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Audit EKSA JUPEM Johor akan mengadakan proses Audit Dalaman Eksa Siri 1/2017 pada 23 dan 24 Januari 2017 di Ibu Pejabat JUPEM Johor dan keempat-empat Pejabat Ukur Daerah.

Wednesday 11 January 2017

Sesi Outreach

Jawatankuasa EKSA JUPEM Johor telah menganjurkan sesi outreach ke setiap Zon EKSA di semua Seksyen dan keempat-empat Pejabat Ukur Daerah di JUPEM Johor untuk memberi taklimat dan penerangan dalam melancarkan lagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti EKSA di jabatan.


Sunday 8 January 2017