Tuesday 17 January 2017

Taklimat Pengenalan Kepada Blog EKSA JUPEM Johor




Sesi Taklimat Pengenalan Kepada Blog EKSA JUPEM Johor telah berlangsung pada 17 Januari 2017 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Tanjung Puteri, Tingkat 9, Blok A, Wisma Persekutuan, Johor Bahru.



Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas tentang blog, cara membuat blog, (domain, hosting, design layout, posting article, edit, upload gambar, video dan lain-lain lagi). Pn. Ida Kamilia binti Mudzakir daripada Jawatankuasa Promosi telah menyampaikan teknik-teknik asas blogging kepada wakil-wakil Zon/Jawatankuasa di JUPEM Johor. Seramai 27 peserta daripada JUPEM Johor telah mengikuti sesi pembelajaran berkenaan.

Sesi taklimat ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Promosi JUPEM Johor dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan JUPEM Johor.


No comments:

Post a Comment